PICK: Lebih 2 juta rakyat Malaysia terima dos lengkap vaksin Covid-19

0
18
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba

CYBERJAYA – Sebanyak 8,800,700 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia setakat semalam.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, daripada jumlah itu, sebanyak 2,539,686 individu pula telah lengkap menerima suntikan dos kedua di bawh Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata demikian dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, hari ini.

“Semalam, sebanyak 217,807 dos vaksin telah diberikan, melibatkan 141,140 penerima dos pertama, dan 76,667 penerima dos kedua,” kata Dr. Adham.

Negeri yang merekodkan bilangan penerima vaksin yang telah lengkap dos adalah Selangor dengan 342,677 penerima, diikuti Sarawak dengan 278,528 penerima, dan Johor dengan 266,779 penerima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here