Pihak berkuasa temukan kotak hitam pesawat

0
345

MANILA – Pihak berkuasa Filipina sudah menemukan kotak hitam pesawat C-130H yang jatuh terhempas lalu terbakar di Pulau Sulu pada Ahad lepas.

Kata Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Cirilito Sobejana, kotak hitam itu ditemukan semalam dan kini sedang dianalisa.

“Berdasarkan keterangan para saksi yang terselamat, pesawat itu melambung dua, tiga kali.

“Juruterbang cuba untuk menambah kuasa supaya pesawat dapat terbang lebih tinggi namun gagal.

“Kemudiannya, salah satu sayap pesawat malang itu terlanggar pokok (sebelum terhempas),” kata Sobejana kepada Reuters, hari ini.

Beliau menambah, juruterbang pesawat itu yang mempunyai pengalaman menerbangkan C-130 selama beberapa tahun, turut terbunuh dalam insiden.

Sobejana kemudiannya menerangkan, para mangsa yang terselamat dalam insiden itu berjaya menyelamatkan diri melalui rekahan pada badan pesawat yang pecah setelah jatuh terhempas.

Pada Ahad lalu, sebuah pesawat tentera C-130H yang sedang membawa anggota tentera yang baharu menamatkan latihan ke Pulau Sulu jatuh terhempas lalu terbakar setelah gagal melakukan pendaratan.

Setakat ini, 52 individu termasuk 3 orang awam yang berada di lokasi kejadian disahkan terbunuh, manakala 47 lagi cedera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here