Pinjam dengan TEKUN Nasional, jangan pinjam Ah Long- Wan Junaidi

0
100
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika mengadakan lawatan ke Malakat Mall.

CYBERJAYA – Usahawan mikro perlu membuat pilihan bijak untuk mendapatkan bantuan pembiayaan dengan termasuk dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau bimbang dengan laporan bahawa ramai usahawan pergi mencari peminjam wang haram.

Wan Junaidi berkata, sejak menerajui kementerian itu tahun lalu, beliau memastikan proses permohonan pinjaman di bawah TEKUN dipermudahkan dengan kurang kertas kerja dan masa pemprosesan yang lebih singkat.

“Malahan mereka yang disenarai hitam oleh CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) juga layak untuk memohon. Bagi mereka yang perlu meminjam wang bagi tujuan perniagaan, sila cari kami dan bukan Ah Long. 

“Kadar faedah kami jauh lebih rendah dan kami menjaga kepentingan anda,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Wan Junaidi, program pembiayaan itu juga bertujuan memberikan peluang kedua kepada usahawan yang perniagaannya terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Katanya, TEKUN memperkenalkan skim pembiayaan khas bagi pengendali perniagaan informal yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Informal (SPIN) pada Disember tahun lalu.

“Sebanyak RM50 juta diperuntukkan di bawah skim ini yang akan memberi manfaat kepada 10,000 perniagaan informal di seluruh negara, menawarkan pinjaman RM1,000 hingga RM5,000 dengan tempoh pembayaran semula sehingga tiga tahun.

“Setakat 16 Julai, TEKUN sudah mengeluarkan pinjaman bernilai RM19.47 juta di bawah SPIN kepada 3,309 pengendali perniagaan informal di seluruh negara dengan Selangor mendahului dengan RM3.15 juta bagi 390 penerima, diikuti Sarawak RM3.04 juta (589 penerima) dan Terengganu RM2.54 juta (469 penerima),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here