Pintu LRT terbuka: Rapid KL mohon maaf

0
75
Tangkap layar pintu LRT yang terbuka ketika dalam perjalanan ke stesen lain

PETALING JAYA- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memohon maaf kepada orang ramai berhubung isu pintu Transit Aliran (LRT) yang terbuka ketika tren itu sedang bergerak laju menuju ke sebuah stesen yang lain.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Rapid KL, pihaknya mengambil serius insiden yang berlaku dan melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Insiden melibatkan LRT Aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas daripada Stesen LRT Ara Damansara menuju Stesen LRT Lembah Subang telah dikenalpasti secepat mungkin.

“Pusat Kawalan Operasi turut menghentikan perkhidmatan tren itu dalam masa kurang daripada dua minit dan menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera,” katanya hari ini.

Terdahulu tular satu video berdurasi 16 saat yang menunjukkan pintu sebuah LRT yang sedang membawa penumpang terbuka secara tiba-tiba.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu semasa kejadian, hanya tujuh penumpang berada di dalam tren dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Rapid KL juga akan melaksanakan pelan mitigasi bersesuaian bagi mengelakkan perkara tidak diingini pada masa akan datang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here