PKPD di 34 mukim di Selangor ditamatkan

0
214
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula memasang kawat duri di sekitar kawasan perumahan Taman Ikan Emas bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari sekitar kawasan berkenaan selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 16 Julai ini.- foto MT/Farid Janudin

CYBERJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk tidak melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor yang dijadualkan tamat pada hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) di kesemua mukim yang terbabit.

Pada 1 Julai lalu kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di beberapa mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai lalu berikutan peningkatan kes Covid-19.

Daerah yang dikenakan PKPD melibatkan Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here