PKPD: Pekerja sektor perkilangan dan pembuatan di Selangor wajib swab RTK dua kali seminggu

0
68
Kilang elektronik yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di dalam Ops pemantauan SOP PKP 3.0 di sebuah kilang elektronik di Petaling Jaya. – foto/FaridJanudin

CYBERJAYA –  Semua pekerja sektor perkilangan dan pembuatan telah diwajibkan menjalani ujian swab RTK dua kali seminggu bermula sejak 7 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia bagi memperketatkan lagi lagi kebenaran untuk pengoperasian.

“Ia bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor.

“Langkah ini dilihat mampu untuk mengenal pasti kes jangkitan Covid-19 dengan lebih awal dan memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan ke tempat kerja.

“Majikan perlu menanggung sepenuhnya kos saringan tersebut,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Mohamed Azmin dalam masa yang sama menyeru semua majikan agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberikan oleh pihak kementerian.

“Tindakan majikan yang ambil kesempatan amat dikesali kerana ramai yang tidak patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) serta memandang ringan tentang perkara ini.

“Langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan Covid-19 dari terus merebak terutama di tempat kerja,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here