Polis bekukan seketika surat kebenaran MITI untuk merentas negeri

0
563
Anggota Polis dan Tentera memeriksa dokumen kebenaran merentas daerah atau negeri penunggang motosikal pada Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Pusat Bandar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CYBERJAYA – Bermula hari ini hingga Rabu hadapan, polis tidak akan menerima segala dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk tujuan merentas negeri.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia susulan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini untuk pulang berhari raya di kampung.

“Bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surut kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidiladha, semua sekatan jalan raya (SJR) sempadan negeri diarah meningkatkan penguatkuasaan.

“Semua SJR di sempadan-sempadan negeri akan diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini bagi pergerakan negeri,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, larangan itu tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Beliau berkata, mana-mana pihak yang didapati melanggar arahan itu akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here