Polis Dang Wangi lupus barangan judi, pelacuran bernilai RM900,000

0
22

KUALA LUMPUR – Pelbagai peralatan berkaitan aktiviti perjudian dan pelacuran bernilai RM900,000 yang dirampas antara 2019 sehingga Mei lalu dilupuskan oleh Polis Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisoner Mohamad Zainal Abdullah berkata, peralatan yang dilupuskan itu melibatkan 1,699 peralatan yang dirampas daripada operasi pencegahan perjudian manakala sebanyak 785 peralatan berkaitan aktiviti pelacuran.

“Hasil serbuan ini, sebanyak 61 kertas siasatan dibuka melibatkan kes perjudian manakala 13 lagi kertas siasatan dibuka bagi kes pelacuran.

“Kesemua kertas siasatan telah selesai dan Polis Dang Wangi telah membuat permohonan Mahkamah Majistret Jalan Duta bagi melupuskan kesemua barang kes berkenaan melibatkan 74 kertas siasatan yang diluluskan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 373B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Polis dalam masa sama menggesa mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat sekiranya wujud aktiviti perjudian dan pelacuran di sekitar Dang Wangi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here