Polis jamin keselamatan awam terkawal

0
103
Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Keselamatan dan ketenteraman negara dan rakyat kini berada pada tahap terkawal, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Jaminan itu juga meminta rakyat di negara ini supaya tidak gusar kerana pihak polis sentiasa memastikan tahap keselamatan awam kekal pada tahap selamat.


“Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ia dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19,” ujarnya.

Kenyataan tersebut menyusul sehari selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman kerajaan membatalkan Ordinan Darurat tanpa kebenaran Istana Negara.

Susulan itu, rakyat negara ini menjangkakan keadaan politik negara akan kembali tidak stabil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here