
KUALA LUMPUR- Polis menyerbu sebuah premis perjudian dalam talian yang beroperasi sejak 10 hari lalu di Setapak melalui Ops Dadu semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga Bangladesh.
“Lelaki berumur 25 tahun itu ditahan dalam Ops Dadu pada pukul 4.15 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati suspek baru bekerja di premis yang beroperasi sejak 10 hari lalu.
“Suspek ditawarkan gaji RM1,500 sebulan dan berkerja dari 8 pagi hingga 8 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Nasri, pihaknya turut merampas 11 komputer riba, 11 tetikus, sebuah unit wiFi dan wang tunai RM160.
“Kesdisiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya.