Polis siasat dakwaan penerima vaksin melebihi peruntukan MySejahtera

0
62
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Mohd Kamaruddin Md Din

Kuala Lumpur – Polis sedang menyiasat dakwaan kehadiran penerima vaksin Covid-19 melebihi jumlah diperuntukkan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Mohd Kamaruddin Md Din dalam kenyataan hari ini mengesahkan menerima laporan daripada petugas PPV berkenaan.

“Berdasarkan laporan polis yang diterima, petugas di PPV itu mendakwa wujud lebihan penerima vaksin yang tersenarai di dalam sistem MySejahtera berbanding jumlah vaksin yang diperuntukkan kepada PPV berkenaan.

“Polis kini dalam tindakan untuk mengambil keterangan daripada beberapa saksi berkaitan. Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Kamaruddin menasihatkan orang ramai supaya memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan bagi memastikan program imunisasi Covid-19 berjaya.

“Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk mensabotaj program yang dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu atau sebaliknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here