Polis tahan 11 individu usung keranda berlambang kongsi gelap

0
1306

MELAKA – Polis menahan 11 individu yang dipercayai terlibat mengusung keranda berlambang kongsi gelap di sebuah taman perumahan di Durian Tunggal, Alor Gajah hari ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, lelaki berusia antar 24 hingga 42 tahun itu ditahan selepas video mengenainya tular di media sosial.

“Kesemua suspek direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 50(3) dan Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.

“Kita juga masih mengesan dua individu lain yang masih bebas bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Majid berkata, kandungan video berdurasi 20 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki mengusung keranda bertanda Geng 04 yang menempatkan si mati yang dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Katanya, perhimpunan yang menggunakan lambang kongsi gelap itu merupakan upacara penghormatan terakhir ke atas mendiang.

“Berdasarkan rakaman itu, Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka digerakkan melakukan beberapa serbuan sebelum berjaya menahan kesemua indivisu itu di sekitar Melaka bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan rakaman itu, Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka digerakkan melakukan beberapa serbuan sebelum berjaya menahan kesemua indivisu itu di sekitar Melaka bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Majid, polis turut merampas telefon yang dipercayai digunakan untuk merakam kejadian tersebut selain beberapa pakaian yang dipakai invididu terbabit.

Justeru, beliau menasihatkan orag ramai tidak memasukkan elemen kongsi gelap dalam sebarang aktiviti seperti keagamaan, persatuan, upacara kematian dan sebagainya yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here