Polis tahan Long Tiger, kurung bekas pekerja

0
495
Long Tiger ditahan kerana mengurung bekas pekerjanya

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seorang lelaki warga Rohingya yag dikenali sebagai Long Tiger kerana terlibat dalam jenayah iaitu mengurung seorang bekas pekerjanya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 35, ditahan di sekitar daerah Muar pada pukul 9.45 malam.

“Penahanan suspek dibuat berhubung satu kejadian individu berkenaan mengurung seorang lelaki tempatan yang berumur 21 tahun yang juga merupakan bekas pekerjanya.

“Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Menurut Ayob Khan, lelaki berkenaan mempunyai banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol namun telah selesai menjalani hukuman.

Mengulas mengenai punca suspek mengurung belas pekerjanya itu, Ayob Khan berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here