Polis terima 13 laporan dicucuk vaksin kosong

0
127
Doktor yang bertugas memberikan suntikan vaksin kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya.

CYBERJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 13 laporan berhubung pemberian vaksin kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, laporan itu membabitkan beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sejak beberapa hari lalu.

Abd Jalil berkata, laporan itu melibatkan tujuh kes di Kuala Lumpur, tiga di Selangor dan masing-masing satu kes di Kedah, Perak dan Melaka.

“Siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan kesemua kes masih di peringkat siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KKM sebelum ini menjelaskan, mana-mana individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin ‘picagari kosong’ akan menerima suntikan dos baharu.

Sementara itu, Abd Jalil turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinasi yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penipuan berkaitan penjualan vaksin Covid- 19.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhati-hati mengeluarkan kenyataan belibatkan isu-isu sensitif seperti pemberian vaksin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here