PPN: Sektor pemajuan perumahan dibenarkan beroperasi serta merta

0
67

CYBERJAYA – Berkuat kuasa serta merta semua sektor di bawah kategori pemajuan perumahan dibenarkan beroperasi di bawah fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu kenyataan, kebenaran beroperasi itu adalah terpakai kepada pemaju perumahan yang masih aktif dan sah Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan (APDL) di bawah Akta 118.

“Di bawah fasa pertama, aktiviti-aktiviti yang dibenarkan beroperasi adalah pejabat pengurusan pemaju perumahan; urusan serahan notis milikan kosong dan kunci rumah; kerja-kerja baik pulih kerosakan kritikal dalam tempoh liabiliti kecacatan; dan kerja-kerja pembinaan untuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) bagi kontraktor G1 hingga G4.

“Sementara itu, di bawah fasa kedua, aktiviti tambahan yang dibenarkan adalah aktiviti pemasaran dan jualan di pejabat pemaju, ejen jualan, galeri jualan, rumah contoh dan unit hartanah subsale,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, kebenaran beroperasi sektor pemaju perumahan adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terkini sektor tersebut yang boleh dimuat turun di laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di https://www.kpkt.gov.my.

Selain itu, katanya, kebenaran itu juga boleh dirujuk melalui SOP pembinaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) di www.cidb.gov.my dan SOP Am Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia di www.mkn.gov.my bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Katanya, untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Perumahan Negara di talian hotline 03-8891 4493/4494.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here