Presiden Haiti maut ditembak di kediamannya

0
219
Mendiang Jovenel bersama isterinya, Martine (kanan)

PORT-AU-PRINCE, Haiti – Presiden Haiti, Jovenel Moise dilaporkan meninggal dunia akibat ditembak oleh penyerang yang tidak diketahui di kediamannya, hari ini.

Menurut Reuters, dalam kejadian itu, isteri mendiang turut dilaporkan tercedera.

Menurut pemangku Perdana Menteri, Claude Joseph, ketika ini situasi berada dalam kawalan, namun masih kedengaran bunyi tembakan di ibu negara selepas serangan itu.

“Presiden dilaporkan terbunuh dalam serangan itu,” kata Joseph dalam temubual bersama Radio Caraibes.

“Pihak keselamatan sedang melakukan segalanya bagi mengawal keadaan,” tambah beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here