Prestasi Malaysia merudum dalam laporan pemerdagangan manusia AS

0
274

CYBERJAYA – Malaysia dijangka turun ke tahap terburuk dalam ranking Laporan Pemerdagangan Manusia Amerika Syarikat (AS).

Memetik sumber berita Reuters, Jabatan Negara AS akan menurunkan Malaysia ke tahap 3 selepas tiga tahun berada di tahap 2 dalam laporan pemerdagangan manusia tahun ini.

Penurunan itu dibuat ekoran aduan oleh kumpulan hak asasi dan pihak berkuasa AS berhubung dakwaan penganiyaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pengilangan.

Keberadaan Malaysia pada tahap 3 menunjukkan negara ini tidak memenuhi piawaian minimun atau cuba mematuhi syarat ditetapkan kuasa besar itu dalam menghapuskan jenayah pemerdagangan manusia.

Perkembangan terbaharu ini dikatakan akan mempengaruhi akses negara untuk menerima bantuan-bantuan dari AS.

Pelarian Rohingya yang tinggal di Selayang, Selangor. – Gambar hiasan.

Malaysia menempatkan lebih 2 juta pekerja asing berdokumen, manakala jumlah pendatang asing tanpa izin dipercayai jauh lebih tinggi.

Jumlah itu tidak termasuk lebih daripada 170,000 pelarian berdaftar dan pencari suaka yang terdiri daripada etnik Rohingya dari Myanmar.

Pada tahun lalu, AS menguatkuasakan larangan import ke atas tiga syarikat Malaysia iaitu Top Glove, Sime Darby dan FGV atas dakwaan terlibat dalam aktiviti buruh paksa.

Susulan itu, Top Glove telah mengemas kini dan memperbaiki lima petunjuk penting dalam kawalan buruh paksa melalui pengesahan dengan firma perunding, Impact dari United Kingdom.

Sementara itu, Sime Darby dan FGV dilaporkan berkata, mereka telah melantik juru audit untuk menilai amalan mereka dan akan terlibat dengan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS untuk mengatasi masalah tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here