
CYBERJAYA – Kesan pemberian vaksin kepada rakyat semakin menunjukkan keberkesanan berdasarkan dua senario terkini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, senario pertama adalah kadar jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan yang kini berada pada tahap 1.59 peratus.
“Kesemua petugas kesihatan di dalam negara telah divaksin dan menerima dua dos lengkap.
“Setakat ini, 1.59% petugas dijangkiti Covid-19 dan kadar jangkitan ini amat rendah,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang media hari ini.
Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Senario kedua berkenaan situasi di WP Labuan, di mana berikutan peningkatan kes yang mendadak, kerajaan telah menggiatkan program pemberian vaksin di pulau tersebut.
Setakat 17 Julai, sebanyak 90 peratus atau 62,632 populasi dewasa di pulau itu telah menerima vaksin.
Dan daripada jumlah itu, 62 peratus daripada jumlah itu sudah menerima vaksin lengkap dua dos.
“Dengan peningkatan vaksinasi lengkap di Labuan, kes-kes baharu Covid-19 turut menurun.
“Ini merupakan model yang sama digunakan untuk Selangor dan Kuala Lumpur ketika ini,” kata Dr. Noor Hisham lagi.
Pada hari ini, Labuan mencatat pertambahan sebanyak 21 kes Covid-19 baharu