Program PICK jadi tumpuan Parlimen hari ini

0
9
Doktor yang bertugas memberikan suntikan vaksin kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya.

KUALA LUMPUR – Sesi penerangan mengenai┬áProgram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan kerajaan menjadi tumpuan utama hari ketiga Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin.

Seterusnya akan disusuli dengan sesi Ahli Parlimen mengemukakan persoalan, penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan.

Antara perkara yang dijangka dibangkitkan Ahli Parlimen ialah mengenai kadar vaksinasi negara, perolehan bekalan vaksin, pusat pemberian vaksin (PPV) dan isu suntikan vaksin kosong.

Ketika ini, Malaysia adalah antara negara yang terpantas menvaksinasi penduduknya dengan kapasiti kadar suntikan mencapai lebih 500,000 dos sehari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here