
CHERAS – Usaha membanteras penularan Covid-19 perlu dilaksanakan dengan pelbagai kaedah oleh semua.
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh rakyat sahaja tidak memadai jika kerajaan dan wakil rakyat tidak memainkan peranan.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaafar semalam telah melancarkan program sanitasi seluruh zon 1 Bandar Tun Razak meliputi kawasan kediaman dan komersil di bahagian berkenaan.
Program itu dilancarkan secara rasmi di Pangsapuri Indah Mas di sini dan melibatkan proses sanitasi dan pengewapan di keseluruhan bangunan pangsapurui tersebut termasuk di kawasan parkir, surau, dewan orang ramai, dan kawasan pintu rumah penduduk.
Petugas sanitasi swasta Lesha Solution Group Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja sanitasi di hadapan rumah penduduk Pangsapuri Indah Mas, Taman Ikan Emas bagi mengekang penularan wabak covid-19 pada program sanitasi awam di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. – foto/FaridJanudin. Petugas sanitasi swasta Lesha Solution Group Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja sanitasi di sekitar kawasan lif Pangsapuri Indah Mas, Taman Ikan Emas bagi mengekang penularan wabak covid-19 pada program sanitasi awam di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. – foto/FaridJanudin. Petugas sanitasi swasta Lesha Solution Group Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja sanitasi di dalam sebuah bengkel kereta di Taman Tenaga, Cheras bagi mengekang penularan wabak covid-19 pada program sanitasi awam di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. – foto/FaridJanudin. Petugas sanitasi swasta Lesha Solution Group Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja sanitasi di stesen minyak di Taman Tenaga, Cheras bagi mengekang penularan wabak covid-19 pada program sanitasi awam di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. – foto/FaridJanudin. Petugas sanitasi swasta Lesha Solution Group Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja sanitasi di dalam gerai-gerai makanan di tepi jalan di Taman Tenaga, Cheras bagi mengekang penularan wabak covid-19 pada program sanitasi awam di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. – foto/FaridJanudin.
“Kita cuba banteras penularan Covid-19 melalui pelbagai cara. Diharapkan usaha ini dapat emberi manfaat kepada semua,” kata Kamaruddin sewaktu pelancaran program itu.
Kamaruddin yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri, turut menyeru semua ketua masyarakat di Bandar Tun Razak supaya menghubungi pejabat beliau sekiranya mereka memerlukan program yang sama diadakan di lokasi mereka.
Sementara itu, menurut Datuk Mohamad Khafey Ikhwan, program semalam melibatkan 16 anggota bagi melakukan proses sanitasi dan pengewapan di kedua-dua blok pangsapuri berkenaan.
“Apabila siap di sini, kami kemudiannya akan bergerak pula ke kawasan komersil yang terletak bersebelahan untuk melakukan proses yang sama,” kata Mohamad Khafey yang mewakili syarikat pelaksana program sanitasi berkenaan.