Program vaksinasi negara atasi United Kingdom

0
60
Perbandingan pemberian vaksin pada nisbah setiap 100 orang.

CYBERJAYA – Kadar vaksinasi negara kini melepasi rekod United Kingdom berdasarkan statistik purata tujuh hari bagi setiap 100 populasi keseluruhan penduduk diterbitkan Our World in Data.

Kejayaan itu dikongsi Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menerusi Instagram (IG) story beliau, semalam.

“Kadar vaksinasi kita melepasi UK ketika mereka berada di kemuncak (program inokulasi),” katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), melaporkan sebanyak 324,745 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian pelalian itu di seluruh negara kini 11,075,493 dos.

JKJAV berkata, sebanyak 213,971 daripada jumlah pemberian vaksin Covid-19 semalam adalah dos pertama, manakala 110,774 pula dos kedua.

Lima negeri mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 78,081 dos, diikuti Sarawak (62,241), Kuala Lumpur (46,695), Perak (24,067) dan Negeri Sembilan (19,563).

Jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama ialah 7,649,848 dan dos kedua 3,425,645, sehingga semalam.

Khairy Jamaluddin semasa melawat PPV KLIA baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here