Proposal harga barang Nadir mahal, saya pilih yang murah- Ebit Lew

0
5516
Barangan bantuan Ebit Lew masuk ke Gaza pada hari pertama Aidiladha

CYBERJAYA – Penceramah bebas, Ebit Lew mendedahkan proposal harga barangan yang diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri agak mahal.

Ebit dalam sesi ‘live’ bagi menjawap segala isu berbangkit mengenainya berkata, harga setoka barangan yang diberikan dalam proposal Nadir ialah 40 dollar atau bersamaan RM160 sekotak.

Sedangkan katanya, pasukannya telah mendapat sebut harga yang jauh lebih murah iaitu pad harga 20 dollar sekotak dengan barangan yang diberikan adalah sama sahaja.

“Pasukan saya melalui Ustaz Zul tanya semua orang, cara nak masuk dan sebanyainya. Dia ada tanya Nadir dan Nadir berikan proposal harga barangan sekotak untuk kami terima.

“Harga diberikan 40 dollar sekotak atau kira-kira RM160. Saya dapat dari satu pihak lain ialah 20 dollar, jadi kenapa saya nak ambik yang harga mahal,” katanya.

Menurut Ebit,beliau tidak pernah persoalkan harga yang diberikan oleh Nadir itu mahal kerana mungkin ada kos tertentu yang perlu ditangung dalam penyediaanya.

“Mungkin ada asas dia (harga 40 dollar), saya tidak mahu certa lanjut. Jadi kita tidak terima proposal dia. Kita tidak balas whatsApp tu tidak perlu dijadikan isu.

“Kadang-kadang, isteri kita WhatsApp pun kita tidak balas…Isteri WhatsApp berjela panjang, kita balas sepatah sahaja. Anak kita pun, begitu juga kita balas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here