Ramai pemilik perniagaan minta bantuan

0
73
Pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Raudhah City, Mohd. Fadzil Hashim berkongsi ilmu dan pengalaman pada Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam di Kampus Brainy Bunch, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim mendedahkan ketika ini ramai pemilik perniagaan yang meminta bantuan.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, rata-rata pemilik perniagaan meminta bantuan agar perniagaan mereka diselamatkan.

“Banyak ‘Bisnes Owner’ minta bantuan ‘bisnes’ diselamatkan. ‘Bisnes’ mereka memang baik ketika sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Kesian mereka yang tidak mampu bertahan lagi,” katanya dalam perkongsian di laman Facebooknya semalam.

Sebelum ini, Kumpulan Malakat Eco telah membantu beberapa perniagaan untuk terus beroperasi ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Terbaharu, anak syarikat Kumpulan Malakat Eco iaitu Malakat Food Sdn Bhd telah membantu untuk memulakan semula operasi Warung Chatok di Cyberjaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here