Rebut tawaran menarik di Malakat Mall & Bizmilla Grocer dalam kempen RM5 juta

0
43
Pelancaran kerjasama antara Malakat Mall dengan Bizmilla Grocer pada awal bulan lalu.

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco dengan kerjasama Bizmilla Grozer menawarkan pelbagai ‘imbuhan’ menarik melalui Kempen RM5 Juta Tunai Percuma yang diumumkan baru-baru ini.

Melalui kempen itu, orang ramai yang menjadi VIP Members berpeluang menerima baucer RM300, 4 ekor ayam bernilai RM68 dan wang tunai sehingga RM100.

“Hadiah percuma Baucer Tunai berjumlah keseluruhan RM300 boleh digunakan di Malakat Mall atau pembelian secara atas talian di Bizmilla Store.

“Orang ramai juga boleh menerima 4 ekor ayam segar secara percuma bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu di salah satu Cawangan Malakat Grocer,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh Malakat Mall hari ini.

Selain itu, pelbagai hadiah misteri dan istimewa ditawarkan kepada 5 orang pertama yang mendaftar sebagai ahli VIP termasuk baucer makan malam di Restoran fine dining halal pertama di Malaysia, Casa de Madani di Cyberjaya dan banyak lagi.

Malakat Mall berkata, kesemua pelanggan yang membeli kredit beli-belah itu juga bakal mendapat 10% tambahan nilai tunai secara percuma untuk berbelanja menggunakan E-Wallet di Malakat Eco App.

Awal bulan lalu, Pengasas Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim bersama artis dan juga Pengasas Bizmilla Grocer, Mila Jirin mengumumkan peruntukan RM5 juta kredit membeli-belah kepada 100,000 penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka.

Kredit membeli-belah itu diberikan secara ‘cashback’ kepada pelanggan yang mendaftar secara percuma di http://bit.ly/bizmillahgrocerwa sebelum 31 haribulan Julai ini

Mohd Fadzil Hashim berkata, usaha itu sebahagian daripada usaha pihaknya dan Bizmilla Grocer memindahkan perbelanjaan orang ramai ke Malakat Mall atau BizmillaGrocer dan mengukuhkan ekonomi umat Islam.

Coach Fadzil bersama Mila Jirin semasa sesi Live Facebook mengumumkan kerjasama Kumpulan Malakat Eco dengan Bizmilla Grocer.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here