
CYBERJAYA – “Rilek guys (bertenang), Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Kenyataan itu dipercayai sebagai reaksi balas selepas pendakwah bebas, Ebit Lew dalam sidang akhbarnya semalam meminta Nadir memperincikan perbelanjaan sumbangan orang ramai di Gaza.
Menurut Nadir, semua kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai hitam putih (rekod) jadi tiada masalah untuk didedahkan sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian.
“Rilek guys (bertenang), Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah.
“Cuma sehari dua ni nak kena settle projek (selesaikan projek) yang ni dulu,” katanya ringkas bersertakan gambar seorang lelaki di samping daging tergantung dipercayai sedang melakukan ibadah korban di Gaza, Palestin.
Walaupun perkongsian itu tidak menamakan atau ditujukan kepada mana-mana pihak namun ia dilihat sebagai reaksi balas bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Ebit semalam.