RM530 bilion untuk lapan pakej ransangan ekonomi

0
46
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR- Malaysia telah membelanjakan RM530 bilion bagi melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM305 bilion dibelanjakan iaitu 22.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk tahun lalu.

“Ini merupakan antara kadar perbelanjaan terbesar berbanding pakej rangsangan yang dilaksanakan di Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi pada hari keempat Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Selepas pandemik melanda, kerajaan telah melaksanakan pelbagai bantuan termasuk yang terbaharu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Selain PEMULIH, pakej lain ialah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA Tambahan.

Selain itu, inisiatif lain ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Prihatin PKS Tambahan; Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here