Rusia kesan penularan varian Gamma

0
102

GAMBAR HIASAN

MOSCOW – Rusia mengesan penularan varian Gamma dalam kalangan penghidap Covid-19 di negara itu.

Menurut Reuters, penemuan itu diumumkan oleh Institut Vector yang berpusat di Siberia.

Institut Vector merupakan pengeluar EpiVacCorona, vaksin Covid-19 yang kedua selepas Sputnik V.

“Ketika ini, penularan varian Delta adalah yang paling dominan (dalam Rusia), namun kami mengesan kewujudan kes Covid-19 yang disebabkan oleh varian Gamma di beberapa tempat,” kata institut itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, varian Gamma mula ditemukan di Brazil dan seperti varian Delta, mudah merebak dan dianggap kebal terhadap vaksin yang wujud dalam pasaran kini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here