Rusia perkenalkan Checkmate minggu hadapan

0
362

MOSCOW – Rusia akan memperkenalkan sebuah pesawat pejuang baharu pada Pameran Udara dan Pertahanan (MAKS) di Moscow pada minggu hadapan.

Menurut portal The Drive, pengguna media sosial telah mula memuat naik gambar pesawat berkenaan yang kini diletakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhukovsky, di luar Moscow.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi didedahkan mengenai pesawat yang buat masa ini dikenali sebagai Checkmate itu, namun difahamkan ia dibuat oleh pengeluar terkemuka Sukhoi.

Checkmate digambarkan sebagai ‘pesawat pejuang taktikal ringan satu enjin yang mempunyai ciri-ciri supersonik dan identiti radar yang rendah’.

Beberapa pemerhati menjangkakan, pesawat baharu itu adalah bagi pasaran luar negara dan tidak akan dioperasikan oleh Angkatan Udara Rusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here