Sabah negeri ketujuh masuki Fasa Kedua PPN

0
27
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sabah akan menjadi negeri ketujuh yang akan memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya, hari ini.

Katanya, keputusan dibuat selepas meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri oleh Kementerian Kewangan.

“Selepas semua agensi terbabit termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti nilai-nilai ambang atau ‘threshold’ negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi Sabah dari fasa satu ke fasa dua, berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang ditetapkan.

“Peralihan bagi fasa PPN bagi Sabah akan berkuat kuasa mulai 10 Julai 2021,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang ditetapkan bagi fasa dua boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here