Saingan Azreen dalam 100m tamat

0
294
Azreen bersedia untuk memulakan perlumbaan, sebentar tadi.

TOKYO – Pelari negara, Azreen Nabila Alias menamatkan saingan dalam acara pecut 100m Olimpik 2020 apabila sekadar meraih tempat ke-7 dalam larian keenam pusingan pertama acara, sebentar tadi.

Azreen, yang memulakan larian di lorong ke-2, menamatkan saingan dengan catatan masa 11.91s.

Perlumbaan di Stadium Olimpik, Tokyo itu dimenangi oleh pelari Nigeria, Blessing Okagbare dengan catatan masa 11.05s, diikuti Asha Philip dari Great Britain (11.31s) dan Tynia Gaither dari Bahamas (11.34s).

Pemenang perlumbaan layak meneruskan saingan di pusingan separuh akhir yang adakan diadakan esok.

Awal pagi tadi, anak kelahiran Terengganu itu berjaya mencatat masa terbaik peribadi, iaitu 11.72s ketika bersaing pada pusingan kelayakan.

Rekod kebangsaan bagi acara ini dipegang oleh Zaidatul Husniah Zulkifli yang mencatat 11.45s dengan bantuan angin ketika bertanding di Afrika Selatan pada 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here