Saintis berjaya dokumentasi ‘perang’ antara chimpanzee dengan gorila

0
277

LEIPZIG, Jerman – Sekumpulan saintis dari Institut Max Planck dan Universiti Osnabrück berjaya mendokumentasi’perang antara spesis’ yang berlaku antara chimpanzee dan gorila di Taman Negara Loango di Gabon.

Ini merupakan kali pertama insiden ‘perang antara spesis’ antara dua spesis primat dapat direkodkan dalam dunia sains.

Kata kumpulan itu dalam satu kenyataan baru-baru ini, punca kejadian itu yang berlaku pada tahun 2019 masih belum dapat dikenal pasti, tetapi berkemungkinan akibat perebutan kawasan makanan ataupun akibat aktiviti penebangan hutan yang berleluasa.

Kenyataan itu menyebut, di antara tahun 2014 hingga 2018, kedua-dua kawanan itu hidup dalam suasana harmoni termasuk berkongsi makanan dari pokok yang sama, tetapi segalanya berubah pada 2019.

“Pada 2019, terdapat dua kejadian di mana kawanan chimpanzee itu menyerang kawanan gorila yang menyebabkan kematian dua anak gorila.

“Dalam insiden kedua, salah seekor daripada chimpanzee betina dalam kawanan itu memakan mangsa yang mati,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here