Kurang tepat jika kata pelajar di Putrajaya anak orang berduit

0
51
Tablet yang diagihkan kepada pelajar di Putrajaya

CYBERJAYA- Agihan tablet kepada sekolah di sekitar Putrajaya bagi keperluan murid-murid yang kurang berkemampuan untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) oleh Yayasan Waqaf Malaysia nampaknya menimbulkan perasaan kurang senang segelintir ‘netizen’.

Hantaran Yayasan Waqaf Malaysia di laman Facebook berhubung agihan berkenaan telah dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan ia menerima pelbagai komen termasuk yang kurang senang dengan pemilihan kawasan agihan.

Ada pengguna laman sosial itu meninggalkan komen dengan mengatakan Yayasan Waqaf  Malaysia telah memilih lokasi yang salah untuk program agihan itu kerana lebih banyak lagi kawasan lain di negara ini lebih layak untuk menerima sumbangan berkenaan.

Terdapat juga beberapa individu yang mencadangkan agar agihan Yayasan Waqaf Malaysia itu memberi tumpuan di kawasan-kawasan pendalaman dan kampung-kampung kerana difikirkan mereka lebih layak untuk menerima sumbangan.

Bagaimanapun, dalam komen balas, Zulkifli menyatakan, pandangan bahawa pelajar Putrajaya anak orang berduit adalah kurang tepat kerana data sekolah menunjukkan Putrajaya ramai asnaf dan golonga B40 dan isu kemiskinan bandar adalah meruncing buat masa ini.

“Kurang tepat (Pelajar di Putrajata anak orang berduit). Kami dapat data terus daripada sekolah. Putrajaya ramai asnaf dan B40. Isu kemiskinan bandar adalah meruncing pada masa ini.

“Untuk kawasan pendalaman, kami juga turut mebuat agihan,” katanya dalam komen balas kepada segelintir netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here