
CYBERJAYA – Beberapa agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran, kira-kira satu pertiga penduduk dunia kini kekurangan bekalan makanan.
Kata Reuters, laporan yang dikeluarkan oleh oleh lima agensi tersebut – Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa (IFAD), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Program Makanan Dunia, dan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO).
Laporan itu turut menyatakan bahawa jumlah individu yang tidak mempunyai akses kepada diet yang sihat meningkat 320 juta kepada 2.37 bilion, dan kira-kira 22 peratus kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun mengalami masalah bantut.
Menurut presiden IFAD, Glebert Houngbo, isu utama yang melanda kini bukannya penghasilan makanan tetapi sistem agihan.
“Jelas sekarang, situasi pandemik ini mendedahkan kelemahan dalam sistem makanan kita.
“Kelemahan ini amat ketara terutamanya dalam kalangan individu yang tinggal di negara yang terjejas akibat konflik, perubahan cuaca, dan ketidaksamarataan,” kata Houngbo.
Beliau menambah, walaupun penghasilan makanan tetap diteruskan pada waktu pandemik, pemberhentian dagangan antara negara menjejaskan bekalan terutamanya pada negara yang terlalu bergantung pada bahan import.