Satukan kuasa, bina semula negara

0
141
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Bertindak atas semangat cintakan negara dan tanah air, Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim ingin mengajak orang ramai supaya sama-sama menyatukan kuasa dan membina semula negara menerusi satu platform baharu, Parti Bina Semula Malaysia (PBSM).

Kata Mohd. Fadzil atau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, parti itu hanya akan ditubuhkan secara rasmi apabila cukup anggota sebanyak 1 juta.

Sebagai langkah awal, satu group di laman media sosial Facebook telah diwujudkan.

“Saya, Coach Fadzil ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama bina semula negara kita!

“Saya berharap agar kita tidak lagi menunggu mereka untuk perbetulkan kesilapan demi kesilapan dalam urus tadbir Negara yang kita sayangi ini,” kata Coach Fadzil dalam satu paparan di laman Facebook miliknya, hari ini.

“Kalau cukup Ahli Group 1 Juta, kita akan tubuhkan Parti Bina Semula Malaysia yang akan menulis kembali asas Negara kita.

“Agama Islam akan menjadi asas pemerintahan Negara dengan jaminan kebebasan beragama kepada bukan Islam,” katanya lagi.

Selain itu, beliau menambah, antara asas perjuangan kumpulan ini, selain Perkara Rukun Negara, akan turut mempertahankan Institusi Beraja, dan menjadikan ulama dan guru mursyid sebagai penasihat pemimpin yang dipilih.

“Zahirkan sokongan ANDA jika ANDA Setuju Parti Bina Semula Malaysia ditubuhkan oleh mereka yang tidak pernah menjadi Ahli Parlimen.

“Ajak rakan-rakan dan saudara untuk bersama! Islam dan Bukan Islam kita semua bertanggungjawab untuk memastikan Negara yang kita cintai ini dibina semula dengan semangat Baru yang bersih,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here