Saya tidak bayar syarikat Hala, guna perkhidmatan jauh lebih murah-Ebit Lew

0
2658
Ebit Lew hari ini menjawab segala isu yang dibangkitkan Nadir Al-Nuri hari ini

CYBERJAYA – Penceramah bebas, Ebit Lew menafikan beliau dan pasukannya membayar syarikat Hala untuk masuk ke Gaza seperti seperti didakwa Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri.

Malah Ebit dalam sesi live bagi menjawap segala isu yang dibangkitkan semasa beliau ke Gaza menyatakan bahawa beliau langsung tidak tahu menahu tentang syarikat Hala tersebut.

“Bagi saya, itu tuduhan melampau. Saya sendiri tidak tahu apa itu syarikat Hala. Dia (Nadir) kata, satu-satunya jalan masuk ke Gaza adalah melalui Miles Of Smiles.

“Itu yang dia kata, saya tidak pernah sebut. Sebenarnya saya sudah call Smiles of Smiles, jumpa dan masa itu mereka minta satu kepala bayar 10,000 dollar atau kira-kira RM40,000 untuk masuk

“Kalau 10 orang sudah RM400,000…dan proses itu gagal dan saya berhubung dengan kedutaan. Nak masuk ke Gaza kena ada dua kelulusan penting iaitu kelulusan kerajaan Mesir dan kelulusan tentera.

“Alhamdulillah…saya masa itu sudah dapat kelulusan pertama hasil bantuan kedutaan Malaysia. Selepas lama di sana, saya dimaklumkan ada pihak yang ingin bantu kami masuk ke Gaza, masa itu saya fikir mahu balik ke Malaysia sahaja.

“Kami dapat bantuan ejen perisikan Mesir dengan syarikat Lucky Tour yang ingin bawa masuk ke Gaza. Mereka kenakan caj 2,500 dollar atau kira-kira RM10,000 satu kepada. Bayangkan berapa penjimatan daripada tawaran awal yang kami dapat,” katanya.

Menurut ebit, beliau sebenarnya telah membuka jalan yang mudah kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebenarnya yang ingin masuk ke Gaza dengan perbelanjaan yang minima.

“Jadi dakwaan yang kata saya susahkan NGO lain sebenarnya satu penipuan dan zalim. Daripada RM40,000 hingga RM50,000 satu kepada kami dapat RM10,000 satu kepada. Saya doakan, orang lain akan dapat masuk juga,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here