Scam Facebook: Graduan universiti diperdaya RM138,990

0
36
Gambar hiasan.

SEREMBAN 30 Julai – Seorang pelajar lepasan universiti Port Dickson dekat sini kerugian RM138,990 selepas ditipu dalam tawaran bekerja sambilan menerusi Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa seorang wanita berusia 24 tahun diperdaya oleh seorang lelaki yang memintanya memuat turun aplikasi PbCompany.

Beliau berkata, selepas diberikan nama pengguna dan kata laluan, mangsa diminta mencapai sasaran dengan memasukkan wang sehingga nilai barangan daripada laman Shopee, Lazada atau Zalora yang dipesan oleh syarikat itu mencukupi.

“Terpedaya dengan tawaran suspek, wanita itu telah menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik arwah bapa tirinya untuk melakukan pembayaran ke dalam beberapa akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini.

Aidi Sham berkata, melalui tawaran itu mangsa dijanjikan komisen 2.5 peratus serta wang dimasukkan itu dikembalikan semula.

Katanya, mangsa telah melakukan 15 transkasi kepada enam akaun berbeza melibatkan jumlah RM138,990.

“Mangsa tampil membuat laporan polis selepas menyedari dirinya tidak menerima wang komisen seperti dijanjikan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak mendedahkan data peribadi atau identiti diri kepada mana-mana individu serta tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan dengan gaji tinggi.

Katanya, orang ramai perlu membuat semakan nombor http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum membuat sebarang transaksi dan menyemak latar belakang syarikat atau majikan sebelum memohon pekerjaan, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here