
CYBERJAYA – Sebanyak 12,528 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini di seluruh negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kumulatif kes ialah 905,851.
Beliau berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 4,985 kes diikuti Kuala Lumpur (1,740).
“Seterusnya diikuti Negeri Sembilan sebanyak 1,280 kes,Kedah pula (701 kes), Sabah (647 kes), Johor (625 kes).
“Diikuti Melaka (569 kes), Perak (428 kes), Pulau Pinang (396 kes), Sarawak (388 kes), Pahang (317 kes), Kelantan (211 kes) dan Terengganu (177 kes).
“Manakala Putrajaya (41 kes), Labuan (22 kes) dan Perlis (satu kes),” katanya di laman Facebook beliau hari ini.