Sedih lihat pengikut Ustaz Ebit Lew dan Caprice saling menyerang

0
4527
Caprice dan Ustaz Ebit Lew

CYBERJAYA- Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim meluahkan rasa sedih melihat pengikut Ustaz Ebit Lew dan Caprice saling menyerang di media Sosial.

Mohd Fadzil berkata, kesemua pengikut kedua-dua individu berkenaan sepatutnya beristighfar dan mengetepikan kesilapan masing-masing.

“Sedih tengok ‘follower’ UEL (Ustaz Ebit Lew) dan Caprice serang menyerang di media Sosial. Banyak Istighfar dan ketepikan kesilapan masing-masing.

“Semua kita manusia yang bukan sempurna,” kata Mohd Fadzil dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Mohd Fadzil juga meminta semua pihak mengetepikan perbezaan serta satukan persamaan dan bersama membina ekosistem Islam yang sebenar.

Ketika ini, hangat di media sosial mengenai isu antara Caprice dan Ustaz Ebit.

Perkara berkenaan timbul selepas Caprice mendedahkan perkara tertentu tentang misi kemanusiaan Ustaz Ebit di Gaza baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here