Segerakan vaksinasi petugas institusi pendidikan swasta, pusat asuhan

0
14

CYBERJAYA – Kerajaan digesa mempercepatkan pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada petugas institusi pendidikan swasta (IPS) dan pusat asuhan kanak-kanak terutama yang terlibat dengan penempatan anak-anak petugas barisan hadapan.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan bersama berkata, walaupun IPS telah mengemukakan senarai nama petugas kepada kerajaan, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas.

Selain itu, Hannah dan Nie Ching turut mendesak kerajaan supaya menyelaraskan semula prosedur operasi standard (SOP) untuk sektor berkenaan termasuk kaedah pengoperasian tadika, taska serta pusat jagaan kanak-kanak yang tidak selari antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kebajiak (JKM) sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan para pengusaha dan ibu bapa.

“Perkhidmatan sektor tersebut amat diperlukan oleh ibu bapa yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan.

“Jadi harus disediakan kepada ibu bapa yang tidak dapat menjaga anak-anak mereka dengan sempurna kerana bebanan kerja masih berjalan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata mereka dalam kenyataan tersebut hari ini.

Teo Nie Ching
Hannah Yeoh

Selain itu, kedua-dua mereka turut mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan pusat sehenti perkhidmatan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak bagi membantu pengusaha pusat tuisyen yang terpaksa menutup operasi mereka.

Kata mereka, pusat tuisyen tersebut perlu dikategorikan sebagai institusi yang memberikan perkhidmatan ‘educare’ (education and childcare) memandangkan ia adalah keperluan kedua-dua ibu bapa bekerja.

“Anak-anak berumur tujuh hingga 12 tahun yang dihantar ke pusat tuisyen dan pusat jagaan di premis serta lokasi berasingan sememangnya tidak sesuai buat masa kini.

“Hari ini ibu bapa amat memerlukan perkhidmatan yang berfungsi seperti ‘one stop educare’ untuk anak-anak mereka,” ujar mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here