Sekatan jalan raya akan diperketatkan menjelang Hari Raya Aidiladha

0
40
Anggota Polis memeriksa dokumen kebenaran merentas daerah atau negeri pemandu kenderaan pada Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Pusat Bandar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperketatkan Kawalan di sekatan jalan raya (SJR) menjelang Hari Raya Aidiladha bagi menghalang cubaan rentas negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan peningkatan jumlah kenderaan yang cuba merentas negeri semalam.

“Kawalan diperketatkan di sekatan jalan raya. Semalam sahaja ramai diarahkan patah balik. Pihak polis hari ini lebih tegas, sebab esok hari raya,” katanya selepas menlancarkan Program Mindef Prihatin di Wisma Pertahanan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan memastikan segala aktiviti ziarah rumah tidak berlaku semasa Hari Raya Aidiladha.

“Saya tidak pasti apa tindakan polis dari segi pemantauan rumah ke rumah atau tidak, ini adalah tindakan penguatkuasaan PDRM.

“Di SJR, ya, tapi rumah ke rumah perlu diumumkan oleh pihak polis,” kata Ismail Sabri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here