Sekolah dibuka secara berperingkat bermula 1 September

0
233
Seorang guru menunjukkan kata-kata semangat kepada pelajar sebelum memasuki ke dewan peperiksaan semasa hari pertama peperiksaan SPM 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway.-foto/Farid Janudin

CYBERJAYA –Sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September depan.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata, keputusan itu diambil dengan mengambil kira kadar vaksinasi semasa di negara ini.

Menurut kementerian itu, sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos ini.

“Ketetapan itu terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

“KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal,” kata KPM dalam kenyataan terbabit.

Maklumat terperinci mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka akan dimaklumka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here