Selangor: Hanya 50 jemaah boleh solat sunat Aidiladha di Masjid

0
110
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Selangor membenarkan sebanyak 50 orang jemaah dibenarkan untuk solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid dan 40 jemaah di surau Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, solat sunat Hari Raya Aidiladha di surau kariah adalah tidak dibenarkan.

“Semua pentadbir masjid dan surau kebenaran Jumaat hanya dibenarkan menjemput jemaah terdiri dalam kalangan ahli kariah sahaja.

“Keutamaan adalah ahli kariah yang telah menerima dua dos suntikan vaksin.

“Laungan takbir akan bermula jam 7.30 pagi diikuti solat sunat Aidiladha didirikan pada jam 8.30 pagi dan bersurai pada jam 9 pagi,” katanya dalam perkongsian di Facebook 

Mohd Zawawi berkata, disebabkan jumlah jemaah terhad, umat Islam yang tidak dapat mendirikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di masjid dan surau disyorkan mendirikan solat bersama keluarga di kediaman masing-masing.

Katanya, ziarah tanah kubur adalah tidak dibenarkan semasa Hari Raya Aidiladha dan umat Islam disyorkan membaca tahlil, zikir serta doa di kediaman masing-masing.

“Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menguruskan tanah perkuburan Islam hendaklah membantu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari sudut pematuhan tersebut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here