Selepas Ebit Lew buat laporan polis, Nadi Al-Nuri pula akan muncul ‘live’ malam ini

0
2745
Nadir Al-Nuri bersama kanak-kanak di Palestin

CYBERJAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri yang menjadi individu paling menjadi tumpuan di seluruh negara hari ini dijangka mengadakan satu sesi siaran langsung menerusi laman sosial miliknya malam ini dari Gaza, Palestin.

Nadir Al-Nuri atau nama sebenarnya
Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang sebelum ini dijadualkan mengadakan sembang secara langsung bersama Sinar Harian pada pukul 9 malam tadi terpaksa menangguhkan program itu dan digantikan dengan siaran langsung menggunakan platfor miliknya sendiri.

“Mohon maaf sangat kepada pihak Sinar Harian dan rakan-rakan yang menunggu live.

“Pihak Sinar hubungi saya untuk test line lebih awal tapi saya sedang berehat setelah 14 jam di tempat sembelihan sejak semalam. Saya masuk ke pautan jam 9 malam tapi pihak Sinar jangka saya tak dapat dihubungi dan tak dapat bersiaran lalu menangguhkan program ke tarikh lain.

“Maaf sangat atas kesulitan pihak pengurusan Sinar dan kalian yang menanti. Setelah break 5 jam kami akan ke tempat sembelihan semula untuk menyembelih baki 70 ekor lembu.

“Ada rezeki kita live kejap dari sana nanti ya,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya.

Nadir Al-Nuri yang kini menetap di Gaza bersama keluarganya mencetuskan kontroversi apabila memuat naik satu hantaran dalam Telegram dengan ‘menyerang’ pendakwah terkenal Ebit Lew yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Ebit Lew membuat laporan polis di IPD Dang Wangi sebentar tadi berhubung tuduhan liar yang dilemparkan kepadanya

Dalam status berkenaan, Nadir turut mengkritik cara kemasukan pasukan misi kemanusiaan yang diketuai Ebit kerana menggunakan syarikat swasta dengan bayaran yang mahal.

Menurut Muhammad Nadir Al-Nuri, perkhidmatan syarikat itu bukan rahsia bagi penduduk di Gaza, bahkan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya.

Susulan serangan itu, Ebit sebentar tadi membuat laporan polis berhubung tohmahan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Malah, Ebit turut menafikan dakwaan yang dibuat oleh Nadir Al-Nuri dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here