Seluar panjang hingga ke buku lali, pakaian baharu atlet gimnastik Jerman curi tumpuan

0
8625
Rekaan terbaharu pakaian atlet wanita gimnastik Jerman dalam Olimpik Tokyo 2020

TOKYO – Penampilan atlet gimnastik wanita Jerman mencuri tumpuan orang ramai dalam sesi latihan sebelum bersaing di Sukan Olimpik Tokyo apabila menggunakan seragam penuh ketika turun ke gelanggang.

Menariknya pakaian seragam itu sangat berbeza dengan pakaian atlet sukan gimnastik sedia ada, dengan memakai seluar panjang sehingga menutup ke bahagian buku lali.

Memetik laporan Astro Arena, meskipun berlainan berbanding sebelum ini, seragam itu tetap dicipta dengan keselesaan menjadi keutamaan serta tidak menghalang sebarang pergerakan ketika melakukan rutin.

Ia telah disifatkan oleh Persekutuan Gimnastik Jerman (DTB) April lalu sebagai langkah “menentang subjek seksual dalam gimnastik”.

DTB menyatakan seragam itu adalah “untuk mempersembahkan segi estetik – tanpa rasa tidak selesa”.

Ia turut menerima sambutan positif sewaktu digunakan para ahli gimnastik Jerman di Kejuaraan Eropah di Basel, Switzerland. 

Elisabeth Seitz, 27 tahun, yang bakal bersaing dalam Sukan Olimpik buat kali ketiga, berkata kepada Reuters:

“Kami ingin menunjukkan bahawa setiap wanita, semua orang, harus memutuskan apa yang mereka berhak pakai.

“Ramai yang bersifat positif mengenainya. Namun selepas Kejuaraan Eropah, tempoh terlalu singkat untuk pasukan lain menghasilkan seragam sebegini. Mungkin di masa hadapan. Kami sangat berharap demikian.” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here