
CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan sebentar tadi.
“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.
“Sehubungan itu Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.
“Perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada 7 Julai 2021,” katanya.
Kelmarin baginda sekali lagi telah menitahkan supaya sidang Dewan Rakyat dibuat sebelum secepat mungkin mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan.-MT