Sinoparm beri tindak balas antibodi perlahan terhadap varian Delta

0
55
Gambar hiasan

COLUMBO – Kajian perubatan di Universiti Sri Jayewardenepura, Sri Lanka mendapati vaksin Sinopharm memberikan tindak balas antibodi yang lemah terhadap serangan virus Covid-19 dari varian Delta.

Hasil kajian itu mendedahkan penerima suntikan Sinopharm BBIBP-CorV mengalami penurunan antibodi sehingga 1.38 kali ganda terhadap varian berbahaya itu berbanding virus Covid-19 yang mula dikesan di Wuhan, China.

Berita luar melaporkan, kajian dilakukan Universiti Sri Jayewardenepura itu merupakan kerjasama bersama Majlis Perbandaran Colombo di Sri Lanka dan Universiti Oxford di United Kingdom.

Semalam Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) mengumumkan jangkitan daripada varian Delta yang sudah ditemui di 124 buah negara ketika ini akan menjadi dominan di seluruh dunia dalam masa beberapa bulan lagi.

Varian Delta yang pertama kali ditemukan di India pada akhir tahun telah menyebabkan lonjakan kes jangkitan di kebanyakan negara termasuk Britain, Indonesia, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Vaksin Sinopharm turut didakwa menunjukkan penurunan kadar antibodi 10 kali lebih ketara terhadap varian Beta, yang pertama kali dijumpai di Afrika Selatan.

Vaksin dua dos itu adalah antara suntikan imunisasi Covid-19 yang paling banyak digunakan di China, dan Sinopharm bersetuju untuk memberikan sehingga 170 juta dos kepada kemudahan COVAX.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here