Sukan Olimpik Tokyo dilangsungkan tanpa penonton

0
17

TOKYO – Penganjuran acara Sukan Olimpik Tokyo tidak akan dihadiri oleh penonton.

Kata Reuters, keputusan itu dibuat oleh pihak penganjur berikutan pengumuman kerajaan mengenakan tempoh darurat di Tokyo sepanjang penganjuran temasya itu.

Berikutan itu, Presiden Tokyo 2020 memohon maaf terutamanya kepada pengunjung yang telah membeli tiket.

Pengumuman darurat itu diumumkan oleh Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suge hari ini bagi mengekang penularan Covid-19 terutamanya varian Delta daripada mencetuskan sebarang gelombang baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here