
CYBERJAYA – Temasya Sukan SEA ke-31 yang dijadualkan berlangsung di Hanoi, Vietnam pada tahun ini dtangguhkan.
Keputusan itu diambil oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara yang bermesyuarat hari ini.
Menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM), temasya yang dijadualkan pada 21 November hingga 2 Disember itu ditangguhkan ke tahun hadapan.
“Persekutuan memuji langkah yang telah diambil oleh pihak jawatankuasa penganjur.
“Tetapi kami juga mengambil maklum akan isu penularan Covid-19 di rantau ini,” kata MOM dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Kenyataan itu turut menyebut, tarikh baharu penganjuran temasya itu akan ditetapkan kemudian.