Sultan Ibrahim kurnia sumbangan mangsa ribut di Tanjung Sedili

0
20
Penduduk kampung memeriksa keadaan rumah yang rosak dilanda ribut di Tanjung Sedili.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengurniakan 562 kotak keperluan makanan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada mangsa ribut di Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

Sumbangan disampaikan oleh Mejar Cina, Datuk David Wong kepada keluarga mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jaya, Tanjung Sedili.

Dalam kejadian petang semalam, ribut yang melanda Tanjung Sedili menyebabkan hampir 300 rumah rosak dan 20 pokok tumbang.

Kampung yang terlibat Kampung Sri Gading; Kampung Teluk Jeri; Kampung Teluk Jeri Luar; Kampung Teluk Jeri Dalam; Kampung Tanah Putih; Taman Sedili dan Kampung Sedili Besar.

Kira-kira 20 pokok tumbang dalam kejadian ribut petang semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Rosleli Jahari; ADUN Sedili Rasman Ithnain dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Hazlina Jalil turut melawat PPS tersebut hari ini.

Hasni mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi membantu penduduk yang terjejas, setiap keluarga akan menerima RM5,000 hingga RM15,000 berdasarkan nilai kerosakan harta benda dan rumah masing-masing.

Sinar Harian hari ini melaporkan, seorang penerima, Mohd Faizal Mat Teh, 30, berkata, kediamannya terjejas teruk akibat dipukul ribut dan kini terpaksa menumpang sementara di rumah saudara.

“Ibu dan kakak pula berada di PPS kerana barangan dalam rumah rosak manakala sebahagian struktur rumah pula tumbang.

“Memang kami tidak mampu membaiki keseluruhan rumah ini kerana hanya bekerja kampung,” katanya.

Mohamad Faizal turut menjunjung kasih di atas kurniaan bantuan makanan daripada Sultan Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here