Sumbangan Ebit Lew sudah berjaya masuk ke Gaza

0
1556
Tangkap layar video yang menunjukkan bantuan mula memasuki Gaza

CYBERJAYA – Sumbangan pendakwah bebas, Ebit Lew yang dibeli di Cairo, Mesir telah berjaya memasuki Gaza, Palestin pada hari raya pertama aidiladha.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, bantuan itu tba bersama 300 tan bantuan lain.

“Ada kawan kongsikan post yang sumbangan Ebit Lew yang dibeli di Cairo telah masuk pada hari raya pertama bersama 300 tan bantuan lain.

“Alhamdulillah dan tahniah. Ini yang kita mahukan, maklumat tentang bantuan yang disampaikan. 

“Buat apa nak dengki dan iri hati sebab bantuan ini akan sampai kepada jiran saya, malah mungkin kaum kerabat saya sendiri di sini.

“Satu persoalan dah terjawab, lepas ini kita tunggu jawapan kepada persoalan lain juga. Tahniah sekali lagi,” katanya di laman Telegram miliknya semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here